Syor tubuh RCI siasat isu kartel daging

0
1

Muhammad Mustakim Ramli 

KERAJAAN diminta mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu kartel daging. 

Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Zahid Md Arip berkata imej negara sebagai pengeluar dan pengimport produk halal kini tercemar gara-gara isu berkenaan dan RCI diperlukan untuk menamatkan keresahan rakyat. 

“Kerajaan perlu tubuhkan RCI bagi menyiasat perkara ini dengan turut membabitkan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Jabatan Agama Islam, Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP). 

“Kita mahu mencari siapa dalang, siapa pemain, siapa pemula dalam isu kartel ini dan menyiasat lompong yang ada dalam sistem ini dibiarkan begitu lama,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina. 

Kartel ini membungkus semula daging itu menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh negara. 

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember lalu yang diketuai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor bersama agensi penguat kuasa lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here