Nilam Oshman
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 11 kluster baharu Covid-19 hari ini.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster baharu itu membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Pahang.
- Kluster Tapak Bina Jalan Seng
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan di mana 232 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Pagar Siput
Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor di mana 129 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Plastik Subang
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Petaling dan Klang di Selangor di mana 111 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Halban
Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan di mana 29 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Lis Putih
Kluster ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang, di mana 24 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Sentosa Residensi
Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang di mana 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Seragam Chepa
Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat di negeri Kelantan di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Pagar Bentong
Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-71314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember lalu melalui saringan tahanan di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Jalan Asam
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 19 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah kilang di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Sungai Redan
Kluster ini melibatkan daerah Kluang dan Kota Tinggi di Johor, di mana 11 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Semambu
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89021) bekerja di sebuah pasaraya dan telah dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala di mana 11 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. -Malaysiapost

