Covid-19: 2,335 kes baharu, rekod tertinggi pernah dicatatkan

0
1

Nilam Oshman

MALAYSIA mencatat kes baharu positif Covid-19 tertinggi hari ini dengan 2,335 kes, membabitkan dua kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan kes positif di Malaysia sebanyak 103,900 kes dengan kes aktif sebanyak 20,035 kes sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 728 kes

“Daripada jumlah ini, sebanyak 677 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

” Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 710 kes dan Johor sebanyak 412 kes.

“Sebanyak 308 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (156 kes), Kluster Pagar Siput (128 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Sandakan (7 kes) dan Kluster Pagar Bentong (4 kes).

“Manakala Kluster Tembok Gajah (2 kes), Kluster GK Tawau (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), dan Kluster Kolam Air (1 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 108 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Serta terdapat pertambahan dua kes kematian melibatkan warganegara, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 451 kes,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here