‘Berintegriti ke kamu, Kit Siang?’ – Najib

0
3

Nurul Huda Abhar

DATUK Seri Najib Razak mempersoalkan mengenai integriti pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang kerana mengambil tindakan berat sebelah berhubung kes yang melibatkan anaknya, Lim Guan Eng.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, semasa ahli politik daripada kerajaan Pakatan Harapan mengetuai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbicaraan projek terowong dasar laut melibatkan Guan Eng di Pulau Pinang, Kit Siang hanya diam tanpa respon.

Beliau berkata, siasatan mengenai tuduhan tersebut masih disiasat sehingga kini tanpa sebarang keputusan namun, Kit Siang tidak menyatakan ianya adalah ‘tidak adil dan conflict of interest’ seperti sebelum ini.

“Kit Siang membisu seribu bahasa apabila anak didakwa dalam mahkamah atas tuduhan songlap terowong termasuk 10 peratus dari kepentingan projek termasuk projek hartanah bernilai RM30 bilion dan juga penyelewengan tanah kerajaan bernilai RM208.7 juta.

“Tidak pula dia suruh anak dia letak jawatan atau rehat untuk menghadapi kes rasuah mahkamah.

“Anak dia dituduh beri tanah kerajaan bernilai RM208.7 juta kepada kroni syarikat terowong yang dituduh bayar dia ‘cash’ berjuta-juta serta kepentingan 10 peratus untuk sebagai ‘part-payment’ untuk kos mahal RM305 juta membuat laporan.

“… tapi saya pulak disabit kesalahan sedekah RM42 juta kepada rakyat (bukan kegunaan sendiri atau diberi kepada syarikat kroni seperti kes anak dia) dalam kes SRC pulak. Tahu beza tak, Kit Siang?,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Sementara itu, Najib menyatakan Kit Siang telah berbulan-bulan membuat pelbagai tuduhan terhadapnya dan turut bersetuju untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Namun begitu, katanya, Kit Siang membuat ‘u-turn’ dan menyatakan debat antara mereka hanya akan mencetuskan pergaduhan antara kaum.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kit Siang gagal tunaikan janji umum untuk bersara dari politik sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dia masih buat tak tahu sehingga kini walaupun petisyen untuk dia tunaikan janji ini sudah cecah 57,000 orang menyokong. tinyurl.com/unclebersara

“Dan terbaru, Uncle buat kira-kira mengarut apabila tuduh kerajaan membeli vaksin Covid-19 dengan harga 20 kali lebih tinggi. Setelah dia dibuktikan amat salah, dia membisu pula. Tak pohon maaf dan tak mahu mengaku.

“Berintegriti ke kamu, Kit Siang?,” kata Najib. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here