Budak perempuan lintas jalan, maut dirempuh 4WD

0
4
grafik

HASRAT seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun untuk ke rumah ibu saudaranya berakhir tragedi, apabila mangsa maut akibat dirempuh kenderaan pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, mangsa dipercayai sedang melintas jalan di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa cuba melintas jalan dari rumahnya ke rumah ibu saudaranya sebelum dirempuh kenderaan.

“Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux pula dalam perjalanan dari arah Bahau menuju Seremban.

“Sebaik tiba dilokasi mangsa dipercayai berlari melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amran berkata, akibat rempuhan itu, kanak-kanak terbabit tercampak ke bahu kiri jalan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menjalani proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here