Covid-19: Selangor catat kes tertinggi 8 hari berturut-turut

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

SELANGOR mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi selama lapan hari apabila merekodkan 535 kes daripada 1,348 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia adalah 98,737.

“Hanya Perlis sahaja tidak mencatatkan kes positif hari ini, manakala negeri lain mencatatkan kes baharu seperti Kuala Lumpur (226); Sabah (189); Melaka (124) dan Johor (118).

“Untuk makluman sebanyak 710 kes sembuh dicatatkan hari ini dan jumlah kes sembuh adalah 89,014 kes,” katanya menerusi sidang media harian, hari ini.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 18,279 kes aktif, di mana 102 sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 44 kes menerima bantuan alat penafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat lima kematian hari ini yang membabitkan semuanya warganegara meliputi tiga lelaki dan dua perempuan yang berusia lingkungan 40 hingga 71 tahun.

“Jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 444 kematian,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here