PKPD Apartment Amber Court, Apartment Ria dilanjutkan

0
3

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court dan Apartment Ria, Jalan Genting, Bentong, Pahang dilanjutkan bermula 24 Disember hingga 6 Januari depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanakan 1,183 ujian saringan terhadap penghuni di Apartment Amber Court.

Katanya, sebanyak 381 kes positif Covid-19 direkodkan manakala 85 lagi masih menunggu keputusan.

“KKM juga melaksanakan 1,041 ujian saringan di Apartment Ria dan mengesahkan terdapat risiko jangkitan baharu yang dikesan di mana terdapat kontak rapat kepada kes positif yang perlu dijalankan ujian saringan.

“Justeru, atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas semalam bersetuju melanjutkan PKPD di Apartment Amber Court dan Apartment Ria bermula 24 Disember 2020 sehingga 6 Januari tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, di Rumah Kongsi Kampung Semaut, KKM melaksanakan saringan ke atas semua penduduk dan didapati hanya tiga orang bergejala dan ujian RTK Antigen yang dijalankan ke atas mereka didapati negatif.

“Oleh itu, sidang khas bersetuju menamatkan PKPD di Rumah Kongsi Kampung Semaut pada esok seperti yang dijadualkan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here