“SEBAK sayu ziarah sekeluarga Cina peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. Tujuh orang semuanya mengucap syahadah,” kata Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew.
Ebit berkata, beliau terharu kerana kedatangannya disambut baik keluarga itu, malah mereka memang berhajat untuk memeluk Islam.
“Sampai jer semua anaknya rakam video saya sepanjang disitu. Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook.
“Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Ebit berkata, anak pasangan itu turut memintanya memberi nasihat supaya dapat menjadi sepertinya.
“Anak 11 tahun kata, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya yer.
“Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar,” katanya.
Ebit berkata, beliau kagum melihat kerajinan pasangan itu dan anak-anaknya.
“Yang 11 tahun. Yang 7 tahun semua pandai kira. Saya beli buah. Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini.
“Terima kaseh Ustaz Hafiz Ng Jabatan Agama Perak dan Ajk Masjid Cina yang membantu keluarga ini. Terima kaseh Adnan Azizi tauke kedai telur dan semua yang membantu,” katanya.
Dalam pada itu, Ebit berkata beliau turut menghadiahkan anak-anak pasangan itu basikal.
“Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal.
“Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini. Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat.
“Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya-raya dunia akhirat,” katanya. -Malaysiapost

