Elya ‘puan penasihat’ yang kini trending di media sosial

0
3

DI SEBALIK ‘kekalutan’ sebahagian rakyat Malaysia membuat permohonan bagi pengeluaran wang melalui i-Sinar hari ini, pastinya ‘Elya’ paling mencuri perhatian.

Karakter wanita diibaratkan ‘puan penasihat’ yang ‘diupah’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu ‘trending’ di media sosial susulan wataknya yang memberi nasihat kepada orang ramai.

Elya berperanan menasihatkan pencarum mengenai jumlah pengeluaran i-Sinar sebelum membuat permohonan.

Ia dapat dilihat selepas pemohon mengisi maklumat peribadi serta menjawab lima soalan.

Setelah itu, pemohon boleh menentukan jumlah yang diinginkan daripada minimun sehingga maksimum.

Di bahagian ini, karakter Elya akan muncul dan memperkenalkan diri sebagai penasihat online KWSP.

Elya berperanan menasihatkan pemohon mengenai pengeluaran amaun yang diinginkan dan memberi anggaran jumlah yang diganda jika tidak mengeluarkannya sehingga usia 55 tahun.

Sebagai contoh, jika pemohon memilih untuk mengeluarkan jumlah maksimum iaitu sebanyak RM10,000, Elya menganggarkan jumlah tersebut akan berganda kepada RM31,186.51 jika disimpan sehingga umur 55 tahun.

Diharapkan dengan adanya Elya sebagai penasihat online KWSP, ia dapat membantu pemohon untuk mengeluarkan jumlah tertentu sahaja mengikut keperluan pada masa ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here