Khaled Nordin nafi ‘follow’ twitter gay

0
2

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan beliau mengikuti akaun Twitter pornografi gay di platform media sosial tersebut.

Bekas menteri besar Johor itu berkata, beliau jarang membaca atau memeriksa akaun Twitternya kerana salah seorang pegawainya yang bertugas mengendalikannya.

“Saya biasanya menyiarkan isu semasa tetapi jarang melalui akaun Twitter,” katanya seperti dilaporkan The Star.

Sehubungan itu, Khaled menekankan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan untuk menyekat akaun tersebut di Twitternya.

Katanya, beliau tidak mengendalikan akaun Facebook dan Twitter kecuali Instagram.

“Saya mempunyai akaun Facebook dan Twitter tetapi dikendalikan oleh kakitangan saya.

“Satu-satunya akaun media sosial yang saya kendalikan secara peribadi adalah akaun Instagram saya,” tambahnya.

Pemeriksaan di akaun Twitter Khaled, @khalednordin, menunjukkan beliau menyertai platform media sosial itu pada Mei 2009.

Beliau mempunyai lebih daripada 112,000 pengikut dan mengikuti 314 akaun Twitter yang lain.

Akaun Twitter yang diikuti @khalednordin kebanyakannya adalah ahli politik dan portal berita Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here