Menteri terkejut, majikan sumbat pekerja dalam kontena

0
3

MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan terkejut mengetahui lebih 700 individu termasuk 22 pekerja tempatan tinggal dalam kontena di sebuah kilang sarung tangan, Batu 13, Kajang, hari ini.

Saravanan berkata, beliau tidak menyangka masih ada lagi layanan seperti ‘hamba’ dan keadaan itu lebih teruk dari zaman penjajah.

“Hamba zaman moden… lebih teruk keadaan berbanding pra kemerdekaan. Saya masih tidak boleh percaya wujud tempat macam ini di Malaysia.

“Saya amat sedih melihat keadaan ini… walaupun kita pernah lihat ini ketika dijajah British sebelum kemerdekaan,” katanya dilaporkan Astro Awani.

Beliau menzahirkan rasa malu dengan keadaan menimpa pekerja terbabit dan memberi amaran kepada majikan agar mematuhi kaedah pengendalian pekerja asing mengikut akta sedia ada.

“Saya sebagai menteri amat malu melihat keadaan seperti ini yang cukup teruk saya lihat setakat ini.

“Saya memberi amaran keras kepada majikan-majikan supaya mematuhi akta sedia ada dalam mengendali pekerja warga asing,” katanya.

Operasi sejam bermula kira-kira jam 9 pagi bersama Jabatan Tindakan Kerja Semenanjung Malaysia itu turut disertai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

Difahamkan, terdapat 781 pekerja dengan 22 pekerja tempatan di dalam kontena yang diubah suai menjadi kemudahan penginapan.

Saravanan memaklumkan operasi mengejut itu akan diteruskan di seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here