Agong, Permaisuri ucap takziah

0
2

YANG di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Rahah Mohamed Noah yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah Tun Rahah, balu kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Istana Negara menerusi kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” kata kenyataan itu.

Allahyarhamah, yang juga bonda kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan berangkat menziarahi Allahyarhamah di hospital tersebut semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here