Pemimpin politik ucap takziah, luah rasa sedih atas pemergian Tun Rahah

0
1

Nurul Huda Abhar

PEMIMPIN negara tanpa mengira parti politik merakamkan ucapan takziah serta luahan rasa sedih atas pemergian Tun Rahah Mohamed Noah yang meninggal dunia hari ini.

Khabar sedih tersebut dikongsi anak sulungnya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi hantaran Facebooknya sebentar tadi.

Allahyarhamah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Innalillah.. dengan penuh rasa sedih, Tun Hajah Rahah Mohamed Noah telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi.. semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh keluarga dan semoga Allah mencucuri rahmat atas roh Allahyarhamah. Al-fatihah,”

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa

“Saya dan keluarga besar Umno ingin merakamkan jutaan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Ab Razak atas pemergian bonda yang dikasihi Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah sebentar tadi.

“Semoga Allah menempatkan Allahyarhamah bersama para kekasihNya dan diberi sebaik-baik balasan dengan limpahan keredhaan.

“Semoga keluarga mantan Perdana Menteri kita diberi kekuatan oleh Allah menempuh ujian kehilangan insan yang tersayang, Al Fatihah,”

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Baru terima berita sayu isteri kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussien yakni Tun Rahah Mohamed Noah telah pergi dijemput ilahi.

“Takziah kepada Najib Razak sekeluarga. Saya turut bersedih dan mendoakan agar roh allahyarhamah dicucuri rahmat,”

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Menerima berita sedih mengenai perginya Tun Rahah Mohamed Noah, balu kepada Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia ke-2 yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.

“Saya berdoa semoga allahyarhamah dicucuri rahmat dan maghfirah oleh Allah SWT dan mendapat husnul khotimah. Takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarga Allahyarham,”

Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

“Inalillahi wainailaihi rajiun.. Pemergiannya amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Salam takziah kami ucapkan kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah Tun Hajah Rahah ditempatkan dikalangan kekasih Allah.. Al Fatihah,”

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan

“Takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarga atas pemergian ibu tersayang Toh Puan Hajjah Rahah Mohamed Noah. Kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali,”

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

“Takziah buat DS Najib Razak dan seluruh ahli keluarga susulan pemergian ibunya, Tun Rahah Mohd Noah yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Ketika hayatnya, Tun Rahah sentiasa mengingatkan kaum wanita agar melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan khususnya untuk wanita di samping memberi sumbangan dan khidmat bakti ke arah kemajuan negara.

“Beliau juga banyak menyumbang jasa dan bakti kepada pembangunan negara. Pemergian Tun Rahah ini turut dirasai oleh kita semua rakyat Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

*Kenyataan ini diambil tanpa suntingan*

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here