Tun Rahah meninggal dunia

0
2

TUN Rahah Mohamed Noah, isteri Perdana Menteri kedua negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada usia 87 tahun hari ini.

Allahyarhamah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Anak sulungnya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan berita sedih itu menerusi Facebooknya sebentar tadi.

“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital.

“Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” tulisnya.

Menerusi hantaran berasingan, Najib memaklumkan jenazah bondanya dibawa pulang ke rumah.

“Kami dalam perjalanan. Saya kehilangan kata-kata. Bonda bagaikan pelita hidup saya. Dunia saya kini bagaikan dalam kegelapan. Tiada sinar cahaya lagi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here