Krismas: Upacara sembahyang dibenar pada 24, 25 Disember

0
1

Nurul Huda Abhar

UPACARA sembahyang sempena perayaan Krismas boleh diadakan pada 24 dan 25 Disember di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan dan Bersyarat sahaja.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada hari pertama iaitu 25 Disember sahaja.

“Bagaimanapun aktiviti carol rumah ke rumah, rumah terbuka adalah tidak dibenarkan,” katanya ketika sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi rumah ibadat pula pada 24 Disember upacara sembahyang perlu dilakukan bermula jam 5 petang sehingga 9.30 malam.

Katanya, pembahagian satu setengah jam dan diselangi operasi sanitasi selama 45 minit.

“Contoh sesi pertama bermula 5 petang sehingga 6.30 petang sesi sembahyang. Jam 6.30 petang hingga 7.15 malam sesi sanitasi.

“Pada 25 Disember upacara sembahyang dibenarkan pada jam 7 pagi hingga 1.45 petang dengan tiga pembahagian sesi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here