Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah pemergian Ungku Abdul Aziz

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan berharap seluruh keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi dugaan.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan Ungku Abdul Aziz meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran berkata, jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan malam ini.

Allahyarham adalah tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here