Perang masih berjalan, tahniah PM 3 undi – Pembangkang

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

PERANG masih berjalan, kata Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayob selepas bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021  (Belanjawan 2021) diluluskan.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) masih kukuh walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pembangkang.

“Berakhir sudah undi belah bahagian dengan 111 menyokong, 108 tidak menyokong. Kita dah buat yang terbaik. 

“PH kukuh bersama rakan-rakan yang lain. The war is still on. Kita bina grand coalition hadapi cabaran seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar seolah ‘menyindir’ keputusan berkenaan dengan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tahniah Muhyidin, PM (Perdana Menteri) 3 Undi,” katanya.

Terdahulu, bacaan kali ketiga RUU Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan dengan undian belah bahagian yang menyaksikan seramai 111 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 108 tidak bersetuju. 

Usul yang dibawa Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz itu disokong Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Undi belah bahagian dilakukan susulan usul Ahli Parlimen blok pembangkang yang bangun melebihi 15 orang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here