Ahli PAS berkumpul di Jalan Raja Laut Selasa ini suarakan bantahan

0
2

Muhammad Afiq

AHLI dan penyokong PAS akan berkumpul di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, 15 Selasa ini bagi mendesak kepimpinan PAS supaya kekal dalam Muafakat Nasional (MN).

Menurut individu yang terbabit dengan program itu, pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pucuk pimpinan parti.

“Kita ingin menyampaikan suara akar umbi parti yang mahukan Umno kekal berada dalam MN dan menolak kerjasama bersama Bersatu.

“Kerana kita sudah selesa dan yakin dengan kekuatan yang dibina bersama dalam MN.

“Oleh itu kita akan berkumpul Selasa ini untuk membawa suara akar umbi kepada kepimpinan PAS, kita minta mereka dengar suara ahli bawahan ini,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini PAS dan Umno menjalinkan kerjasama dengan membentuk MN selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun hubungan PAS dengan Umno sedikit renggan apabila parti Islam itu mengambil keputusan menyertai Bersatu.

Malah, pemimpin PAS dilihat berpihak kepada Bersatu dalam beberapa isu membabitkan Umno dan parti serpihannya Bersatu.

Berdasarkan perhatian Malaysiapost, poster program berkenaan kini sedang tular di media sosial bagi mengajak ahli parti itu supaya turun ke ibu pejabat PAS Selasa ini.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here