No Anwar, No DAP – Shahar Abdullah

0
2

‘NO Anwar, No DAP,’ demikian kata Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah.

Menerusi satu hantaran Facebook, beliau menyangkal keras khabar angin bahawa dirinya termasuk dalam senarai 10 ahli Umno yang bakal berpaling tadah untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu bersama DAP.

“Saya ingin tegaskan buat kesekian kalinya bahawa saya sentiasa berpegang kepada keputusan PmUmno iaitu ‘No Anwar, No DAP’.

“Sebagai ahli parti Umno dan Ahli Parlimen dari Umno, apa jua keputusan parti, saya akan terus pertahankan demi agama, bangsa dan negara,” tegasnya.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, dirinya sentiasa berprinsip untuk mendukung kerajaan yang ada demi terus membela nasib rakyat.

“Saya juga akan terus menjunjung titah DYMM SPB YDPA dalam memastikan negara terus stabil dan kebajikan rakyat Malaysia terus terpelihara,” katanya.

Tersebar hari ini, khabar angin bahawa Anwar dikatakan bersedia membentuk kerajaan baharu dan telah mendapat sokongan lebih jitu iaitu 10 Ahli Parlimen Umno termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Presiden PKR itu turut dikatakan mempunyai sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) daripada 10 Ahli Parlimen itu yang akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here