Tajuddin tidak tahu wujud senarai nama Ahli Parlimen sokong Anwar

0
1

Nurul Huda Abhar

DATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan tidak mengetahui sebarang senarai nama Ahli Parlimen Umno yang dikatakan bersetuju untuk memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu memaklumkan tidak tahu bagaimana namanya termasuk dalam 10 Ahli Parlimen Umno yang menyokong Ketua Pembangkang tersebut.

“Siapa yang buat senarai itu? Saya tak tengok senarai nama apa-apa pun jadi bagaimana nak komen,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost, hari ini.

Menurut Tajuddin, tidak sepatutnya berita yang belum sahih kebenarannya tersebar luas tanpa menyemak dahulu sumbernya.

“Kena periksa dahulu sumbernya. Kalau ikutkan berita ada macam-macam.

“Orang ramai kena ‘check’ dulu berita. Saya tidak tahu dan tak tengok apa-apa pun,”ujarnya lagi.

Terbaharu, Anwar dikatakan mempunyai sokongan lebih jitu iaitu 10 Ahli Parlimen Umno termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, beliau turut dikatakan mempunyai sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) daripada 10 Ahli Parlimen itu yang akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, selain ahli Parlimen Umno, Anwar juga dikatakan mempunyak sokongan dua lagi Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan pertambahan beberapa lagi Ahli Parlimen yang dikatakan dahalunya bernaung dibawah parti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan di laman Facebook berkata kini terdapat konspirasi menggagalkan dasar menolak Anwar serta DAP.

Katanya, tindakan licik itu termasuk mengumpul akuan bersumpah (SD), memujuk pihak untuk sokongan, cubaan untuk menimbulkan kemarahan kerajaan, serta mengusik Institusi Diraja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here