Bekas CEO TITITC maut akibat kemalangan

0
2

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Latihan Perkayuan Terengganu (TTITC), Datuk Ajlan Mohamad maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Rhu 10, Pantai Penarik, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.35 pagi, bapa kepada lima orang anak berusia 61 itu disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata nahas dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara dari arah Penarik hendak membelok ke simpang kanan Kampung Pandan Jaya.

“Tiba-tiba mangsa menunggang motosikal Harley Davidson datang dari arah Kampung Fikri melanggar belakang kereta menyebabkannya tercampak dan mangsa meninggal di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta tidak cedera. Mayat dibawa ke Hospital Daerah Setiu untuk bedah siasat,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Sementara itu, anak Allahyarhan, Aiman, berkata kali terakhir dia bertemu ayahnya malam tadi di rumah.

“Kebetulan malam tadi saya pulang ke kampung bercuti. Ayah tidak menunjukkan perubahan. Dia sangat meminati dunia permotoran sejak berpuluh tahun lalu,” katanya.

Aiman berkata, Allahyarham bapanya itu pergi ke Setiu awal pagi tadi untuk berjumpa rakannya.

“Kami mendapat berita kemalangan setelah dimaklumkan rakannya di tempat kejadian.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Jembal malam ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here