Pertambahan 5 kluster baharu hari ini

0
3

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat lima kluster baharu yang dikenal pasti hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu melibatkan tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Johor:

  1. Kluster Tapak Bina Jalan Bukit (Selangor)
    Kes indeks adalah hasil saringan individu bergejala pada 2 Disember lalu. Sehingga kini, jumlah individu yang disaring 109, dan individu disahkan positif 47 kes.
  2. Kluster Tapak Bina Condong (Kuala Lumpur)
    Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif hasil saringan di tempat kerja pada 6 Disember. Sehingga kini jumlah disaring adalah 291 dan individu disahkan positif Covid-19 adalah 24.

3.Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (Kuala Lumpur)
Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif hasil saringan bersasar di tempat kerja pada 4 Disember. Sehingga kini 108 individu disaring dan 13 disahkan positif.

  1. Kluster Jalan Dalam (Johor)
    Kes indeks adalah hasil saringan individu bergejala pada 7 Disember. Jumlah individu disaring adalah 108 dan 13 disahkan positif.
  2. Kluster Tenun Merah (Johor)
    Kes indeks adalah hasil saringan individu bergejala pada 7 Disember. Jumlah individu disaring 287 dan 23 disahkan positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here