Covid-19: Kluster Seruling pencetus lonjakan kes hari ini

0
2

SEBANYAK 1,200 daripada 2,234 kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini adalah daripada kluster-kluster sedia ada di Selangor.

Daripada jumlah itu, sebanyak 842 kes adalah daripada Kluster Seruling yang membabitkan beberapa daerah dan 315 kes lagi dari Kluster Hentian.

Keseluruhannya Selangor mencatatkan 1,428 kes baharu positif Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 39 kes lagi di Selangor dikesan di kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Bukit di daerah Hulu Selangor.

Katanya, kes indeks bagi kluster itu iaitu kes ke 67,596 adalah pekerja di sebuah tapak binaan yang dilaporkan positif pada 2 Disember hasil saringan individu bergejala.

“Berikutan itu, pihak syarikat telah menjalankan saringan bersasar di tempat kerja di mana 46 lagi kes dikesan positif dan sehingga hari ini 109 individu telah disaring,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 92 kes lagi di Selangor dikesan melalui saringan kontak rapat dan 97 lagi membabitkan lain-lain saringan.

Untuk rekod, Kluster Seruling yang membabitkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling dikesan pada 4 Disember lalu hasil saringan di tempat kerja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here