Budak 8 tahun maut dibaham buaya

0
2

SEORANG budak lelaki berusia lapan tahun maut dibaham buaya di sungai Kampung Sabah Baru di Lahad Datu hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan bersama seorang lagi rakan sebaya mandi di sungai tersebut sebelum diserang reptilia terbabit.

Rakan mangsa yang terkejut bergegas pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa.

Kejadian berlaku hanya kira-kira 20 meter dari rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata polis kemudian menghubungi bomba untuk bantuan operasi mencari mangsa.

Selepas beberapa jam, katanya, mayat mangsa ditemui terapung kira-kira dua meter daripada lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa cedera serius di pinggang, perut serta dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Beliau turut menasihati orang ramai yang tinggal di pesisir sungai dan pantai supaya sentiasa berhati-hati dengan kemungkinan serangan haiwan terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here