Zahid harap pelantikan Saarani pacu kemajuan negeri

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pelantikan Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu dapat diterjemahkan kepada kemajuan negeri itu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak itu, Ahmad Zahid turut berharap kemajuan kepada negeri seterusnya akan memberi manfaat kepada rakyat Perak keseluruhannya.

“Tahniah Kepada YAB Dato’ Haji Saarani Mohamad atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

“Dengan tanggungjawab dan amanah yang digalas ini dapat diterjemahkan untuk kemajuan negeri dan rakyat keseluruhan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Foto Kredit: Jabatan Penerangan Perak

Pagi tadi, Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 11.20 pagi.

Ia sekali gus mengakhiri persoalan dan teka-teki siapakah yang akan menduduki kerusi itu selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melepaskan jawatan pada 5 Disember lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here