Air Selangor menang anugerah ‘Public Water Agency of the Year’

0
3

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memenangi anugerah di Global Water Awards 2020 menerusi kategori ‘Public Water Agency of the Year’.

Berita penganugerahan itu dikongsi melalui hantaran di laman sosial rasmi Air Selangor di Twitter, Facebook dan Instagram, hari ini.

“Kami berbesar hati ingin mengumumkan Air Selangor mendapat pengiktirafan di Global Water Awards 2020 dalam kategori Public Water Agency of the Year.

“Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan atas pencapaian kami yang terbaik dalam memberi perkhidmatan air bersih dan selamat.

“Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda dan akan terus berusaha memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan kami,” katanya dalam ciapan di laman Twitter, hari ini.

Global Water Awards 2020 mengiktiraf kejayaan syarikat, teknologi, projek, tawaran dan kilang sepanjang tahun 2019.

Pengundian bagi anugerah itu tamat pada Mac lalu, dan diumumkan setiap minggu dari Julai hingga Oktober.

Global Water ditubuhkan pada 2006, ia memberi pengiktirafan pencapaian paling penting dalam industri air antarabangsa membabitkan pelbagai kategori.

Malah, turut diangkat adalah penghargaan kepada inisiatif dalam sektor air, air sisa dan penyahgaraman. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here