Da’i Syed didakwa kali ketiga

0
2

PESERTA program realiti berbetuk keagamaan, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful didakwa kali ketiga hari ini dengan terkini di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan merogol.

Tertuduh dikenali Da’i Syed, 25, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bilik beralamat No E-04-23, Hyde Tower, I-City, PSN Multimedia, Seksyen 7 di Shah Alam, kira-kira jam 11.35 malam, 11 September 2019.

Tertuduh yang memakai kemeja-T biru tiba di mahkamah jam 3 petang dan sempat mengucapkan terima kasih kepada wakil media yang menunggu sejak jam 9 pagi, sebelum memasuki kamar mahkamah, lapor BH.

Pagi tadi, Syed Shah Iqmal berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya, iaitu melakukan persetubuhan luar tabii dan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang pelajar wanita.

Dia turut mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here