Ke mana destinasi Wan Kuzain?

0
2

KELAB Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City mengumumkan tidak akan menyambung kontrak Wan Kuzain Wan Kamal yang berakhir hujung bulan ini.

Menerusi kenyataan rasmi, Wan Kuzain antara 5 pemain yang dilepaskan kelab yang berpangkalan di Kansas, Amerika Syarikat itu.

“Kelab membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Eric Dick, Wan Kuzain, Winston Reid dan Richard Sanchez. Kontrak Matt Besler dengan kelab juga sudah tamat.

“Sporting kini berbincang dengan Roger Espinoza, Gerso Fernandes, Felipe Gutierrez dan Erik Hurtado mengenai masa depan mereka dengan kelab,” kata kenyataan itu.

Wan Kuzain adalah produk Akademi Sporting Kansas, di mana, beliau mengikat kontrak sehingga 2020 dengan pilihan lanjutan bagi 2021 dan 2022.

Namun, kelab itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya.

Wan Kuzain juga muncul sebagai pemain ‘Homegrown’ pertama yang datang dari akademi tersebut ketika menyertai Swope Park Rangers dan seterusnya diambil untuk beraksi dalam pasukan utama.

Pemain berdarah Malaysia itu tampil dalam 61 perlawanan bersama pasukan ‘feeder club’, Sporting KC II dan pernah beraksi dalam enam aksi MLS bersama skuad utama Sporting KC.

Secara keseluruhan, dia mempunyai 307 minit permainan dan menjaringkan satu gol dalam MLS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here