Sasaran NEC cipta lebih peluang pekerjaan, hapus krisis pengangguran – PM

0
3
PUTRAJAYA, April 25 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during special interview at his office at Perdana Putra today. --fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED

Nurul Huda Abhar

MAJLIS Pekerjaan Negara atau National Employment Council (NEC) yang ditubuhlan bulan lalu, bertujuan merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan, selaras matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu ‘Kesejahteraan Rakyat’

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, NEC merupakan majlis tadbir urus tertinggi dalam penetapan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif kerajaan, khusus dalam mencapai sasaran mencipta lebih banyak peluang pekerjaan serta menangani pengangguran.

Katanya, penubuhan majlis itu juga sejajar hasrat kerajaan memastikan pemulihan dan rangsangan sektor ekonomi dilaksanakan dengan pendekatan menyeluruh, berpandukan data dan sepadan dengan permintaan industri semasa.

“NEC memainkan peranan penting bukan sahaja bagi meneruskan momentum pemulihan ekonomi dan meningkatkan penciptaan pekerjaan, bahkan menangani isu lain seperti kekurangan pekerja di sektor tertentu, kesaksamaan peluang untuk golongan rentan dan penggajian.

“Majlis yang dianggotai menteri-menteri berkaitan itu akan turut disertai wakil sektor swasta dan industri yang akan diumumkan kelak. NEC akan bermesyuarat sekerap mungkin mengikut keperluan semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat pertama NEC secara maya hari ini berkata, Majlis itu akan disokong Pasukan Petugas Peringkat Tinggi dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara yang menyelaras lima Pasukan Petugas Khas peringkat jawatankuasa kerja.

Tambahnya, Pasukan Petugas Khas itu bertanggungjawab melaporkan status pelaksanaan di bawah kluster masing-masing kepada Pasukan Petugas Peringkat Tinggi secara bulanan.

Beliau berkata, Unit Laksana, Kementerian Kewangan selaku Sekretariat NEC dan memantau kemajuan pelaksanaan setiap program di bawah inisiatif NEC supaya lebih efektif berpandukan penilaian bersesuaian dari swmasa ke swmasa.

“Selaras penubuhan NEC, warganegara yang terkesan atau mencari pekerjaan boleh mula mendaftar di portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/.

“Portal ini merupakan pusat sehenti dan rujukan utama kepada rakyat bagi inisiatif berkaitan pekerjaan termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here