Muhammad Mustakim Ramli
PELITUP muka yang digunakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mencuri tumpuan ramai khususnya peminat bola sepak Kedah.
Ini selepas Azhar memakai pelitup muka rekaan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
KFA menerusi Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada Azhar yang secara tidak langsung mempromosikan pasukan itu di Parlimen.
“Terima kasih Datuk Azhar Azizan Harun.
“Dalam sesi parlimen hari ini, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang berasal dari Sanglang, Kedah menggunakan pelitup muka khas KFA, KFA Breathing Valse Mask dalam menjalankan tugas rasmi menjalankan sidang parlimen hari ini. Terima kasih atas sokongan Datuk,” katanya. – Malaysiapost

