4 Adun Umno, seorang dari Bersatu dilantik Exco Perak

0
2

EMPAT Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan seorang dari Bersatu mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Perak di hadapan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, sebentar tadi.

Mewakili Umno adalah Adun Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Mereka adalah Exco sama ketika pentadbiran Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mewakili Bersatu pula adalah Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang kali terakhir menjadi Exco semasa pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim.

Sultan Nazrin berkenan melantik mereka sebagai exco dengan berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. – Malaysiapost

Kredit foto : Suara Perak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here