Pengetua sekolah agama ditahan rogol pelajar Tingkatan 3

0
3

SEORANG pengetua sekolah menengah agama di Kelantan ditahan hari ini kerana disyaki merogol pelajarnya sejak 2017.

Perkara itu terbongkar beberapa hari lalu susulan aduan kepada Talian Kasih oleh pihak ketiga yang menghidu perbuatan keji lelaki terbabit, sebelum ia dilaporkan kepada polis.

Susulan itu, pengetua berkenaan ditahan di rumahnya di Machang, jam 6.30 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pengetua dan pelajar perempuan Tingkatan Tiga itu dipercayai bercinta dan sentiasa berhubung tanpa pengetahuan keluarga.

Katanya, bagi mengelak kegiatannya dikesan, suspek sering mengajak mangsa ke sekolah beberapa kali seminggu ketika ketiadaan pelajar lain serta guru sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Sebaik ibu bapa berkenaan bertanya kepada pelajar berkenaan apa yang berlaku, dia mengaku sebelum polis menghantarnya ke Hospital Raya Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya di Kota Bharu hari ini.

Pengetua itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak selain bertugas di sekolah itu sejak beberapa tahun lalu.

Shafien berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar itu tidak diugut sepanjang dua tahun lalu, sebaliknya mereka mungkin bercinta dan sentiasa berhubung secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek direman pagi ini untuk siasatan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here