Mizz Nina lancar aplikasi ‘QalbyApp’

0
2

Nurul Huda Abhar

BEKAS penyanyi, Mizz Nina melancarkan satu aplikasi Islamik ‘Qalby App’ untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat mengenai keindahan Islam.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Mizz Nina yang kini bergelar aktivis muslimah berkongsi bagaimana tercetus inspirasi untuk membangunkan sebuah aplikasi berkaitan Islam.

“Inspirasi QalbyApp tercetus ketika mengikuti kelas tafsir Alhudaonline pada penghujung 2018.

“Adakah hati kita betul-betul suci? Bagaimana pula dengan iman saya? Allah tidak menghakimi penampilan kita tetapi perbuatan kita.

“Itu sebenarnya lahir nama ‘Qalby’ yang bermaksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab,” tulis Mizz Nina.

Senarai maklumat yang disediakan dalam aplikasi tersebut adalah waktu solat, bacaan al-Quran, penentu arah kiblat, koleksi doa serta banyak lagi.

Laporan media sebelum ini memaklumkan bahawa aplikasi tersebut telah berada di Google Playstore dan Apple Store sejak bulan lalu, dan mendapat reaksi yang memberangsangkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here