Da’i Syed mengaku tidak bersalah lakukan seks luar tabii

0
2

BEKAS peserta program realiti berbentuk keagamaan, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini atas tuduhan melalukan seks luar tabii.

Bagaimanapun, Syed Shah, 25, atau dikenali sebagai Da’i Syed mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita antara jam 3 pagi di sebuah rumah di Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Vitiya Monisha Paranthaman mengendalikan pendakwaan kes itu, manakala Syed Shah diwakili Syed Amirul Syed Edros.

Malaysiakini melaporkan ketika prosiding, Vitiya memohon agar ikat jamin tidak diberikan kepada tertuduh atas faktor keselamatan serta dikhuatiri mengganggu mangsa yang menjadi saksi utama perbicaraan.

Jika ikat jamin diberikan, dia meminta agar jumlah ditetapkan pada kadar RM100,000 serta surat pengakuan untuk tidak mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, Syed Amirul berkata anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan polis dan meminta hakim menetapkan ikat jamin minimum, susulan keadaan kewangan anak guamnya yang telah terjejas.

Hakim kemudiannya menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 serta beberapa syarat tambahan, antaranya tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Selepas prosiding ditangguhkan, Syed Shah kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk pertuduhan lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here