DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui undian suara.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ia membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM940.58 juta, dengan RM614.136 juta untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM326.444 juta lagi untuk perbelanjaan pembangunan.
Dalam ucapan penggulungannya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata KBS menumpukan terhadap sektor teras iaitu sukan (RM107.261 juta peruntukan), belia (RM31.999 juta peruntukan) dan pembangunan kemahiran (TVET – RM113.467 juta peruntukan).
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi KBS itu yang pertama dibahaskan hari ini. – Malaysiapost

