5 Adun angkat sumpah Exco Perak petang ini

0
1

LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijangka akan mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini.

Bagaimanapun, senarai lima Adun berkenaan hanya akan diketahui petang ini.

Menteri Besar Perak yang baharu dilantik, Datuk Saarani Mohamad, berkata beliau sudah menyembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai cadangan lima Adun yang dipilih itu.

“Oleh kerana masa yang agak suntuk, maka sebuah kerajaan terlebih dulu perlu ditubuhkan. Kerajaan Perak mesti ada sekurang-kurangnya seorang Menteri Besar dan empat Exco.

“Pagi tadi, saya sudah memohon untuk mengadap dan sembah maklum kepada tuanku supaya peringkat pertama ini, saya cadangkan lima nama untuk diperkenankan tuanku,” katanya seperti dilapor BH.

Saarani berkata, pelantikan segera itu bagi membolehkan mesyuarat Exco pertama dapat diadakan segera serta persediaan bagi membentang Belanjawan 2021 negeri dalam DUN pada Rabu depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here