Covid-19: Menteri Kesihatan jalani HSO

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan beliau diperintah menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di rumah atau ‘Home Surveillance Order’ (HSO) sehingga 18 Disember ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata perintah itu dikeluarkan kerana penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya mendapati beliau adalah kontak rapat kepada seorang petugas media.

“KKM Putrajaya mendapati saya adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat saya pada hari Sabtu lepas. Beliau didapati positif Covid-19 dan bergejala.

“Sehingga tamat perintah HSO, saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya,” katanya.

Adham berkata, sesiapa pun tidak terkecuali dari mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang membabitkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19.

“Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan Covid-19. Mohon doakan semuanya selamat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here