Iskandar Abdul Malik dilantik Pengerusi Star Semenanjung

0
1

TOKOH korporat, Datuk Iskandar Abdul Malik dilantik sebagai Pengerusi Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Semenanjung.

Pelantikan itu dibuat Presiden Star, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sabah II itu juga turut menyerahkan kad keahlian seumur hidup kepada Iskandar dalam satu majlis ringkas di Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan, Jeffrey berkata, pelantikan Iskandar sebagai Pengerusi Star Semenanjung dilihat mampu membantu memperkukuhkan lagi parti itu memandangkan Iskandar mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk politik dan korporat.

Sementara itu, Iskandar berkata, beliau terharu atas pelantikan tersebut dan menyifatkan sebagai satu amanah besar dalam membawa perjuangan parti di Semenanjung.

Beliau turut mengajak anak-anak Sabah di Semenanjung untuk bersama-sama dalam perjuangan parti Star di Semenanjung.

Iskandar adalah ahli korporat dan pernah menyertai beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Sabah Oil and Gas Contractors Association (SOGCA). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here