Padah nyalakan lampu isyarat ‘double signal’

0
2

TINDAKAN seorang lelaki menyalakan lampu isyarat ‘double signal’ pada kenderaan dipandunya membongkar kegiatannya membawa 125 kilogram (kg) daun ketum.

Lelaki yang memandu Toyota Corolla ditahan anggota Unit Peronda Lebuhraya ELITE, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di lebuh raya itu berhampiran Subang Jaya, hari ini.

JSPT menerusi kenyataan memaklumkan lelaki tersebut ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan dengan menyalakan lampu isyarat ‘double signal’ anggota menjalankan rondaan cegah kemalangan dan penguatkuasaan lalu lintas.

“Hasil pemeriksaan pada kenderaan tersebut mendapati terdapat bungkusan beg plastik hitam yang berisi daun-daun hijau disyaki ketum dianggarkan seberat 125kg.

“Suspek dan kenderaan tersebut seterusnya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here