Kemelut Perak 99.9 peratus selesai – Ahmad Maslan

0
2

UMNO memperlihatkan keyakinan kemelut politik di Perak yang tercetus sejak 4 Disember lalu akan berakhir hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ketika ini Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berbincang isu terbabit.

“Pada saat dan ketika ini, Presiden Umno, PAS dan Bersatu sedang berbincang… berbincang (bagi) menyelesaikan (kemelut politik di Perak). Saya yakin krisis di Perak selesai hari ini.

“Hari ini selesai, 99.9 peratus selesai,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi perbincangan antara tiga pemimpin terbabit berlangsung.

Kemelut politik di Perak timbul apabila Umno mengusulkan undi percaya kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu.

Usul itu menyaksikan Ahmad Faizal tersingkir daripada jawatannya apabila hanya mendapat 10 undi sokongan manakala 48 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lagi tidak menyokong. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here