‘Dia’ main ketuk-ketuk rumah di Alor Gajah pula

0
2

DARI Sabak Bernam, Selangor berpindah ke Alor Gajah, Melaka.

Misteri ketukan pintu yang menghantui penduduk Sabak Bernam nampaknya kini dilaporkan ke Melaka pula sejak minggu lalu.

Bekas Imam Masjid Tok Janggut di Masjid Tanah, Said Hassan berkata, kediamannya di Kampung Paya Rumput turut diketuk dari luar dengan kuat menyebabkan pintu kayunya itu hampir tertanggal.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam dia dan isteri, Maimunah Hashim, 65, serta anak perempuan berusia 24 tahun sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat itu.

“Saya segera membaca beberapa ayat al-Quran khusus untuk menjauhkan gangguan jin dan syaitan. Usaha saya itu berjaya menghentikan ketukan kuat pada pintu kediaman.

“Saya hairan kerana tidak pernah pintu rumah diketuk pada waktu awal pagi,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Pesara kerajaan itu berkata, sejurus membaca surah berkenaan, bunyi ketukan itu tiba-tiba terhenti dan dia menggagahkan diri untuk membuka suis lampu anjung rumah.

Said berkata, dia dan isteri hairan kerana tiada sesiapa di luar rumah sejurus daun pintu dibuka.

“Alhamdulillah, Allah SWT menjauhkan kami sekeluarga daripada bahaya. Kejadian ini benar-benar menimbulkan tanda tanya penduduk di kampung ini yang turut diganggu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here