Sila buktikan saya tuduh masyarakat India pemabuk – MB Kedah

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membidas Ahli Pemimpin DAP dan Papagomo berhubung kenyataan beliau mengenai isu perobohan kuil yang dikaitkan dengan masyarakat India sebagai pemabuk.

Muhammad Sanusi berkata Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo perlu membuktikan dakwaan mengatakan beliau menuduh masyarakat India pemabuk.

“Kasthuri Patto (DAP) dan Papa Gomo (Umno) harus membuktikan dakwaan mereka bahawa saya menuduh masyarakat etnik India di negara ini pemabuk.

“Kedua-dua orang ini yang berkongsi naratif dan kritikan yang serupa perlu menunjukkan di mana, bila masanya dalam tulisan atau ucapan saya, ada menukilkan ayat-ayat seperti itu,” katanya.

Beliau turut berkongsi kenyataan kedua-dua individu berkenaan:

“Tuduhan Kashturi Patto: …. kata-kata beliau yang jelas menghina komuniti India dengan tuduhan melulu bahawa penduduk etnik India ini adalah pemabuk.

“Tuduhan Papa Gomo: Buruk – Kenyataan MB Kedah yang memberikan perumpamaan “Minum Todi” kepada masyarakat India merupakan kenyataan yang biadap dan tak berektika sama sekali.”

Muhammad Sanusi sebelum ini menyatakan, isu perobohan struktur atas tanah yang diwartakan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah ialah isu undang-undang, bukan perkauman, agama atau diskriminasi.

Katanya isu di Taman Bersatu itu, bukan sahaja kuil, malah gelanggang silat telah dirobohkan di bawah akta sama, begitu juga di lokasi lain di Alor Setar ada gerai, parkir kereta, setor, pagar, dapur, bangsal turut dirobohkan.

“Kenapa MIC dan DAP tidak bersuara tentang gelanggang silat di pinggir kuil itu? Senior politician seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here