KDNK negara rugi RM300 juta sehari jika teruskan PKPB

0
2

Fitri Nizam

KELUARAN Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka rugi RM300 juta sehari jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diteruskan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata menerusi sidang khas semalam, kerajaan membentangkan impak semasa dan jangkaan kesan terhadap pemulihan ekonomi dan KDNK negara yang terpaksa dihadapi jika PKPB terus dilaksanakan.

“Ini sekali gus mengakibatkan kemerosotan pasaran buruh dan penurunan perbelanjaan isi rumah, peningkatan ketidaktentuan pelaburan, kehilangan pekerjaan tetap, penutupan perniagaan dan lain-lain kesan sama ada langsung mahu pun tidak langsung.

“Oleh sebab itu, kerajaan berhati-hati dan perlu mempertimbang semua aspek dalam merangka sebarang pendekatan bagi mewujudkan keseimbangan antara menjaga kesihatan awam dan kesan terhadap ekonomi,” katanya pada sidang media hari ini.

Justeru, beliau berkata, kerajaan memutuskan beberapa pendekatan baharu yang akan mula dilaksanakan bermula esok.

Pendekatan baharu itu memperlihatkan empat negeri ditamatkan PKPB namun daerah yang masih dikategorikan sebagai zon merah masih meneruskan perintah terbabit.

Bagaimanapun, di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur hampir keseluruhan negeri masih dilanjutkan PKPB sehingga 20 Disember kecuali tiga daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

Selain itu, kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri kecuali kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here