Muhyiddin minta Peja serah kerajaan negeri kepada Umno, DAP

0
3
PUTRAJAYA, 21 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan kata-kata semangat kepada petugas barisan hadapan ketika melakukan satu sidang video bersama petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh di Bangunan Perdana Putra, hari ini. Beliau menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan wabak COVID-19 sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, April 21 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during a video conference with medical staff of the Sungai Buloh Hospital at the Perdana Putra Building today. He was recorded his appreciation to Malaysian frontline workers for their tireless efforts in combating the COVID-19 pandemic and in doing so bringing world recognition. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Aiman Hanif

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Menteri Besar Perak yang hilang sokongan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyerahkan kerajaan negeri Perak kepada gabungan Umno, DAP.

Reaksi Muhyiddin itu selepas Timbalannya gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurut seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang enggan namanya didedahkan, Muhyiddin kecewa dengan kemelut yang berlaku di negeri itu.

“Dalam ‘WhatsApp’ kumpulan pemimpin Bersatu, Tan Sri berkata kepada Faizal, serahkan kerajaan negeri kepada Umno,DAP.

“Muhyiddin agak kecewa dengan krisis yang berlaku di Perak,” katanya kepada Malaysiapost.

Semalam, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Dengan itu Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

Dalam pada itu, seorang sumber pula memberi tahu usaha untuk menyingkir Ahmad Faizal mendapat ‘restu’ kerana beliau ‘bermasalah’ dalam menguruskan kerajaan negeri.

“Apa yang boleh saya katakan usaha menyingkirkan Ahmad Faizal mendapat restu…restu siapa saya tidak mahu dedahkan.

“Apa yang pasti Ahmad Faizal ini ‘bermasalah’ dan tidak boleh menjalankan tugas dengan baik,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here