LARANGAN rentas negeri mungkin ditamatkan bermula Isnin ini.
Berdasarkan laporan China Press, kerajaan dijangka mengumumkan penamatan larangan rentas negeri itu dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri tidak akan dihentikan untuk menekankan kepentingan mengikuti prosedur operasi standard (SOP).
Sumber memaklumkan, strategi kerajaan adalah memberi perhatian kepada kawasan zon merah yang berkemungkinan berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Di kawasan lain pula, aktiviti ekonomi dibenarkan seperti biasa, tetapi menekankan pematuhan SOP dalam usaha memerangi penularan wabak.
Sehingga hari ini, negeri yang melaksanakan PKPD adalah Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan. – Malaysiapost

