Serang PGA: 5 lagi ditahan

0
2

LIMA lagi penyeludup diberkas menjadikan keseluruhan 46 individu ditahan bagi membantu siasatan insiden serangan terhadap Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, baru-baru ini.

Daripada 46 individu tersebut, empat adalah warga Thailand.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata lima suspek yang ditahan semalam berumur antara 30 hingga 65 tahun.

Katanya, dua tangkapan dibuat sekitar Padang Besar dan selebihnya di Kuala Perlis, Kuala Sanglang dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

“Mereka yang ditahan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Pada 24 November lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban dalam pertempuran dengan 13 penyeludup ketum kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran pos kawalan TS9, Padang Besar.

Berikutan itu, polis terus agresif memburu penyeludup sehingga ‘lubang cacing’ dengan ramai dalam kalangan ketua-ketua penyeludup sudah ditahan setakat ini.

Sementara itu, lima suspek terbabit direman selama lima hari sehingga Rabu depan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Kamaliza Md Zain di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar di sini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here