Tiada kesepakatan dalam PN punca MB Perak ditolak – PKR

0
3

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan penolakan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berpunca dari hilang kesepakatan dan tiada ‘keabsahan’ dalam Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak telah menunjukkan semangat kesepakatan dalam menjamin masa depan rakyat dengan menolak Menteri Besarnya, yang gagal mendapat kepercayaan.

Katanya, usul dari Pengkalan Baharu Datuk Abd Manaf Hashim yang telah disegerakan membuktikan bahawa kerajaan Ahmad Faizal tidak ada keabsahan.

“Ketika ini kita dilanda wabak Covid-19 maka jika Pilihan Raya Negeri diadakan ianya hanya akan memudaratkan rakyat.

“Namun apa yang jelas adalah beliau telah ditolak di dalam Dewan Undangan Negeri.

“PKR Perak menerima keputusan ini dengan baik dan kita akan memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri agar fokus kepda kebajikan rakyat tidak terabai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut nasihati Ahmad Faizal untuk bermuhasabah diri setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya sembilan bulan bersama.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menolak usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal.

Penolakan usul dikemukakan Abdul Manaf itu selepas hanya 10 daripada 59 daripada Adun menyokong undian dilakukan, manakala 48 menolak dan satu lagi undi rosak.

Ahmad Faizal memerlukan sekurang-kurangnya 30 undi untuk kekal sebagai menteri besar. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here