[TERKINI] SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menolak usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Penolakan usul dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru, Datuk Abdul Manaf Hashim, itu selepas hanya 10 daripada 59 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong undian dilakukan, manakala 48 menolak dan satu lagi undi rosak.
Ahmad Faizal memerlukan sekurang-kurangnya 30 undi untuk kekal sebagai menteri besar.
Untuk rekod, Umno memiliki kerusi terbanyak dalam DUN Perak dengan 25 kerusi, diikuti DAP (16), Bersatu (6), Amanah (5) dan masing-masing tiga dimiliki PKR dan PAS, selain satu milik wakil bebas. -Malaysiapost


Kepimpinan UMNO skrg tak boleh di percayai, sudahnya Melayu tikam Melayu, mmg xboleh sepakat