Belanjawan KPDNHEP lulus melalui undi suara

0
3

Fitri Nizam

[PARLIMEN] RANG Undang-Undang Belanjawan 2021 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) peringkat jawatankuasa diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa bajet perbelanjaan pengurusan dan pembangunan KPDNHEP diluluskan menerusi undi suara.

Ia diluluskan selepas lebih banyak suara bersetuju daripada tidak setuju.

Sesi penggulungan dilakukan oleh Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid membabitkan peruntukan sebanyak RM1,084,554,500 (RM1.084 bilion) untuk Belanjawan 2021.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM66.6 juta diperuntukan untuk pembangunan.

KPDNHEP adalah kementerian yang kedua diluluskan sidang Dewan Rakyat hari ini selepas Kementerian Perdangangan Antarabangsa (MITI). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here