Muhammad Mustakim Ramli
BEKAS tonggak pertahanan Kedah, Azmeer Yusof menawarkan kepada orang ramai yang berhasrat mengadakan kenduri perkahwinan menggunakan rumahnya secara percuma.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azmeer berkata berdasarkan pengalamannya kehidupan selepas berkahwin lebih penting jadi beliau mengajak orang ramai untuk lebih berjimat.
“Rumah saya tak sebesar banglo yang membolehkan hari-hari buat makan BBQ. Tak secantik banglo yang menjadi idaman setiap orang untuk menghadiri setiap ajakan dari tuan rumah.
“Tapi saya ingin tawarkan kepada semua orang yang nak berkahwin gunakan rumah saya secara percuma untuk perkahwinan anda,” katanya.
Azmeer memaklumkan keluasan tapak rumah beliau itu mampu memuatkan empat buah khemah.
“Rumah saya mempunyai empt bilik, satu bilik air, satu tandas, enam aircond dan beralamat di di No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah.
“Kepada bakal pengantin, mak ayah pengantin tolong jimatkan duit anda dari sewa dewan atau hotel atau apa-apa.
“I have my an experience, kehidupan selepas berkahwin lebih penting dari sebelum berkahwin,” katanya.
Beliau berkata semua kemudahan itu ditawarkan secara percuma dan jika ada yang nak hulurkan juga saguhati, ia akan disalurkan kepada Pusat Pengajian Azmeer Yusof ( PPAY ) dan beliau tidak akan ambil walau satu sen.
Mereka yang berminat dan mempunyai apa-apa pertanyaan boleh hubungi Azmeer menerusi www.wasap.my/601155005525. -Malaysiapost

